Pasir Silika Teluk_Ramunia

Di hadapan pantainya banyak kapal-kapal dagang berlabuh , mungkin untuk mengambil pasir silika. Teluknya juga cantik dengan pasir pantai yang bersih tetapi berhadapan dengan masalah kilang berdekatan dengannya.

Batu silika turut dilombong/ dikaut di Punggai dan urusan eksport diselia oleh Kastam Diraja Malaysia dan Pejabat Tanah dan Galian Johor. Ramai penduduknya bekerja di sektor perlombongan ini . Industri terbaru ialah perlombongan pasir silika di bekas tapak lombong bauksit ini. Sebahagian pasir silika ini digunakan untuk kegunaan tempatan dan selebihnya dieksport ke Singapura kerana undang-undang membenarkannya. Beberapa pihak yang peka kepada alam sekitar membantah perlombongan silika ini kerana menyebabkan penebangan hutan dan terbiar luas dan terbuka. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyatakan hanya silika yang dieksport dan bukan pasir sungai atau pasir darat walaupun rupanya seakan-akan sama. Kuari silika dipajak kepada Perisind Holding yang merupakan anak syarikat Perbadanan Islam Johor sehingga tahun 2023 setelah mengambil alih daripada Promet Fabrication Sdn. Bhd. Kampung Datuk Abdul Ghani Othman berdekatan dengan kawasan kuari ini.

Lombong bauksit ini diusahakan oleh syarikat Ramunian Bauxite sejak 1955. Sementara Ramunia Holding Berhad mengusahakan industri besi keluli sejak 1981.Terdapat jeti khas khusus untuk kapal berlabuh tetapi bukan untuk kegunaan orang awam. Projek Pembangunan Gas Duyong dimajukan bersama Petronas Carigali dan disiapkan pada 1984. Ramunia Holding Berhad menghasilkan lebih 21,000 metrik tan peralatan besi keluli untuk industri petroleum, marin dan lain-lain.